Capaian

Sekapur Sirih Seulas Pinang Daripada Guru Besar

Guru Besar
Guru Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak barisan warga pendidik, kakitangan sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Intan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

 

Alhamdulillah, sembah kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga dan membolehkan kita berpeluang meneruskan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita.

 

Kecemerlangan dan kualiti pendidikan berkait rapat dengan kualiti guru. Guru berkualiti bukan sekadar memiliki ilmu dan kecekapan mengajar malahan memiliki peribadi serta sahsiah mulia yang dapat dijadikan model ikutan oleh murid-murid. Kesungguhan dan ketekunan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa perlu menjadi amalan setiap guru. 


Guru berkualiti sentiasa bersikap positif, seiring menilai diri sendiri dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan yang mendatang, tahap prestasi kurikulum akan terus meningkat bagi semua mata pelajaran dan tahap prestasi pelajar juga makin menyerlah.

 

Semoga visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Sesungguhnya segala sumbangan dan khidmat bakti para guru amatlah dihargai dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seseorang guru itu akan menjadi sanjungan dan kenangan sepanjang zaman.

 

Terima kasih Cikgu...

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI"

 

Sekian.

 

En. Mohd Zuki bin Abdullah

Guru Besar

SK. Taman Intan,

Sungai Petani, Kedah Darul Aman.